Assalamualaikum.....
Terlalu banyak fashion dan terlalu banyak trend yang semakin hari semakin diikuti ramai. Terutama para wanita sekalian. Tidak dinafikan saya juga salah seorang yang boleh dikatakan up to date la konon-konon pasal fashion ni. Kira apa saja trend yang keluar saya tidak terlepas untuk mencubanya. Tambahan pula fashion wanita sekarang ni makin banyak dan makin pelik sehinggakan saya sendiri naik muntah untuk mengikutnya.
Dari stage itu bertukar ke stage lain pula. Dari cara bertudung begitu bertukar cara bertudung begini. Akhir sekali, saya memilih untuk tidak mengikut lagi trend yang ada sekarang ni. Cukup lah sekejap saya taksub dengan trend yang kita sendiri tidak tahu betul atau salah di sisi agama. Yer memang benar, semua fashion itu dinamakan fashion muslimah tapi betul-betul muslimah kah cara kita berpakaian itu? tepuk dada tanya hati.
Semakin banyak photographer semakin banyaklah model nya. Kebanyakannya berlumba-lumba untuk memiliki album gambar berkualiti dan cantik. Mereka seakan-akan taksub dengan mengupload gambar tersebut di laman social untuk tontonan beribu manusia. Bukan mereka saja, saya sendiri juga begitu sebelum ini. Bila difikir balik, itu semua karut. Semua itu perkara yang tidak sepatutnya saya buat. Hanya kerana sekeping gambar yang berkualiti, beribu dosa yang bakal kita dapat. Bukan saya ingin mengata atau tunjuk pandai tapi saya berfikir kerana saya salah seorang daripadanya dulu.
Apa yang buruk itu datang dari kita sendiri. Kita banyak sangat buat perkara yang terlalu ikut perasaan dan nafsu. Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu menunjukkan kita seorang yang bijak. Segala yang baik itu datang dari-NYA. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dari-NYA.
Salam sayang dari Ain
0 pujian/cacian:
Post a Comment