Assalamualaikum
Tanpa kita sedari, kita sudah melangka ke tahun 2012. Ya Allah, pejam celik pejam celik dah habis pun tahun 2011. Sebenarnya petang ni saya nak sangat bercerita pasal keidupan manusia. Manusia sebenar dan manusia palsu. Apa yang palsu? di buat dari plastik ke? Yes, plastik. Mereka adalah bukan diri mereka yang sebenarnya.
Apa yang menyebabkan minda saya tebuka untuk bicara pasal manusia adalah bila seorang kawan saya Sobri Merais telah membuka mata dan minda saya dengan membawa saya ke suatu tempat yang saya agak rasa ia cukup menunjukkan perlakuan manusia yang sebenar tanpa sebarang kepalsuan. Tempat itu adala ditengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur iaitu Central Market (CM). CM adalah nama tempat yang tak asing lagi bagi kita. Agaknya semua orang tahu tempat itu dan hanya beberapa kerat saja yang tidak tahu.
Kenapa dengan CM? kenapa CM boleh membuka minda saya. Ye, disitu saya nampak manusia tidak berada dalam kepalsuan. Mereka bebas berbuat apa saja tanpa menghiraukan orang lain. Minum air sambil berdiri, duduk mencangkung ditepi jalan sambil makan goreng pisang, berkumur dan meludah dan banyak lagi. Itu life mereka, langsung tak ada nak control.
Tapi cuba kita pergi Mall. Mana-mana Mall atau tempat-tempat yang high class, manusia fake. Control banyak benda termasuk dalam segi perbuatan dan pemakaian. Sampaikan cara bercakap dan bahasa yang mereka guna pun cuba untuk dicontrol. Takutnya dibilang "kampung". Beza, seriously perbezaannya ketara dari view saya. Tapi ini pendapat saya saja, pendapat orang lain saya tidak tahu.
Seriously, saya suka bila pergi CM tempoh hari kerana saya boleh lihat dan rasakan sendiri berada dalam golongan manusia yang tidak palsu. Tapi, lain orang lain caranya. Kalau begitu cara seseorang itu, begitulah dia walau ada kat mana pun. Apa-apa pun, jadilah diri sendiri. Jangan cuba jadi orang lain yang kita sendiri tidak mampu untuk lakukannya.
Salam sayang dari Ain
0 pujian/cacian:
Post a Comment