Nasihat itu perlu

Wow! lagi sekali topik cinta. Aduh, bercerita pasal cinta bukan bermakna kita ni "doktor cinta". Itu saya punya prinsip bila baca status, tweet, entry mengenai cinta. Bercerita tentang cinta tak bermakna kita mahir dan mempunyai kekasih hati. Untuk pengetahuan anda sekalian, orang single pun boleh bercerita pasal cinta. Betul ke kata orang cinta ni boleh buat orang gila. Gila bayang, gila meroyan atau seumpama dengannya. Gawat.

"Kenapalah dia buat orang macam ni. Kita bagi dia peluang kedua untuk dia then at last dia ada perempuan lain buat kali kedua." Kata seorang kawan kepada saya.

"Awak, saya faham perasaan awak" saya mulakan bicara dengan poyonya. Tapi betul, saya faham dia walaupun saya tak mahir bercinta. Saya tak mahu suruh dia bersabar sebab tu adalah nasihat yang typical. Benda yang selalu kita dengar adalah "Bersabarlah" Memang betul perlu bersabar tapi berikan dia sedikit kata-kata lain dari yang lain. Kekekeke

"Awak ni, kenapa nak terima dia buat kali kedua? Kamon! awak cantik kot. Setakat dia tu, apa la sangat. Anak raja pun sesuai untuk awak tahu. Kalau dia tetap nak tinggal awak walaupun berkali kali awak pujuk, biarkan saja. Cinta manusia tu tak kemananya. Lain la kalau awak dah kawen. Bercinta selepas kawen tu lebih bagus saya rasa" Kata saya kepada kawan saya itu. Kekeke.

"Tapi Ain, orang tak boleh la dia buat orang macam ni. Orang call banyak kali dia tak nak jawab langsung. Kenapa bila dah jumpa orang lain, dia tinggal orang. Bila dia tak ada siapa-siapa, dia cari orang. Kenapa?" Mengadu kawan saya lagi dengan membahasakan dirinya "orang". Kali ni macam susah nak jawab pula. Apa jela terlintas difikiran saya lepas ni. Siap kau, rasakan ayat aku nanti.

"Hah ! sah-sah la dia tu tak boleh buat laki. Kalau betul-betul dia sayang dan cinta, dia takkan buat awak macam ni. Dia takkan jadikan awak mangsa "hati kosong" dia tuh. Dasar mata keranjang" Keadaan senyap 5 minit. Masing-masing termenung.

Akhirnya saya mulakan bicara balik "Awak, jangan seksa diri awak macam ni. Awak kena kuat. Awak tak boleh bergantung hidup dengan cinta manusia yang belum tentu ada faedahnya ni. Awak kena ingat, kita ada Allah. Cuba awak mengadu pada Allah. Dia lebih tahu kebenarannya. Cinta manusia penuh dengan kepura-puraan. Cinta Allah itu yang kekal abadi. Allah uji awak ni. DIA nak awak sedar dan ingat padaNYA. Sabar tau"  Akhirnya, saya guna juga word "sabar" sebagai nasihat. Dalam nasihat tu tetiba rasa sebak pula. Haissshhh!

Kawan saya hanya mengangguk anggukkan kepalanya tanda setuju. Dari wajahnya, saya nampak air mata dia bergenang tunggu masa untuk jatuh.


Salam sayang dari Ain.

No comments: