Malu

Assalamualaikum 12 Ramadhan :)

Kat sini saya nak bercakap dan berkongsi dengan korang semua satu perkara yang common. A bit comman la sebab word yang selalu kita dengar. Kalau tak pernah dengar tu memang tak tahu nak cakap apa la kan. Malu. Apa malu tu? apa yang korang tahu pasal word tu? Malu tu satu perasaan. Malu tu satu sifat. Tapi yang pasti malu tu kita tak nampak dengan mata kasar. Tak boleh disentuh dan tak boleh dimakan. Cumanya malu tu boleh dirasa. Sebagai umat Islam, kita kena ada perasaan malu tu sebab malu tu separuh daripada Iman. Kalau tak ada langsung perasaan malu tu, hidup boleh musnah. Tapi ingat, jangan malu tak bertempat pulak. Mentang-mentang kena ada rasa malu, sesat jalan pun malu nak tanya pakcik makcik yang lalu depan mata. Malu disini bererti kita menjaga peribadi mengikut perintah yang Maha Esa.

Kat sini saya nak share beberapa sabda Rasulullah s.a.w yang menarik perhatian saya.

1. Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap cara hidup ada perwatakannya dan malu itu adalah perwatakan Islam" (HR Abu Daud)

2. Rasulullah SAW bersabda :
"Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan" (HR Bukhari)

3. Rasulullah SAW bersabda :
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali akan hilang dari dunia, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya" (HR Bukhari)


2 comments:

Anonymous said...

I couldn't have asked for a better blog. You happen to be always at hand to offer excellent guidance, going straight away to the point for easy understanding of your site visitors. You're really a terrific pro in this subject matter. Many thanks for being there visitors like me.

Anonymous said...

bila nak updet?