Peluklah Aku

Kemana saja aku mahu pergi, aku perlukan seorang teman. Kalau lagi ramai lagi bagus. Tapi aku tak pinta semua itu, takdir yang memaksa untuk aku selalu berteman dan aku harapkan teman yang ikhlas untuk berdamping denganku. Aku boleh saja bersendirian tapi risaukan keselamatan diri ini, aku perlukan insan yang ikhlas bersama aku. Bermain bersamaku, gelak bersamaku, menangis bersamaku dan bercerita bersamaku. Maafkan aku teman sekiranya hidupku ini menyusahkan kalian. Demi tuhan, aku tidak pinta semua ini namum aku redha. Redha dengan segala yang tertulis untukku. Semoga kalian diberkati didunia dan diakhirat nanti. Melihat kanak-kanak bermain ditaman dari luar tingkap buat aku ingin bersama mereka. Alangkah seronoknya jika zaman kecil aku dulu dapat bermain seperti mereka.

“Ibu, seronoknya main gelongsor ni. Yeayyy!”. Luah aku kepada ibu tanda gembira.

“Nora, jangan panjat tinggi-tinggi tangga tu nanti jatuh”. Jerit ibuku melihat aku panjat tangga ditaman permainan.

“Ibu, nanti kita datang lagi tau kat sini. Nora suka main jongkang-jongket, gelongsor, buaian dan main kejar-kejar dengan kawan-kawan”. Kata aku bersemangat.

“yer sayang. Nanti kita datang lagi. Hari dah petang, mari kita pulang”. Kata ibu sambil usap rambutku dengan penuh kasih sayang.

Terdengar pintu diketuk dan lamunan aku terhenti. Ya tuhan, rupa-rupanya aku hanya berangan bersama ibu ditaman. Rasa sebak ingin aku menangis dan menjerit sekuat hati tapi aku tak berdaya.

“Nora, mari kita makan. Makanan sudah siap dan semua orang sedang menunggu Nora diluar untuk makan bersama. Sudahlah tu, jangan termenung dan fikir bukan-bukan lagi”. Ajak kawan baikku Syikin sambil tersenyum.

Syikin adalah insan yang dihadiahkan untukku dari yang Maha Kuasa. Kehadiran Syikin buat hidupku lengkap walaupun aku tidak beribu dan tidak berayah. Kami membesar bersama dan meniti kehidupan dibumi yang fana ini bersama-sama. Yer, aku dirumah anak-anak yatim dari kecil lagi. Ummi yang mengasuh dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Aku sudah anggap Ummi seperti ibuku sendiri. Ummi adalah pengasas rumah Himpunan Kasih yang menempatkan insan seperti aku. Demi tuhan, aku ingin sekali melihat wajah kedua ibubapaku. Bagaimankah rupa mereka? Mukaku ini mirip siapakah? Adakah ikut ibu atau ayah? Nasib tidak menyebelahi aku. Mereka tinggalkan aku dirumah ini kerana mereka tidak sanggup melihat aku cacat begini. Mungkin kerana aku tidak berkaki dan sebelah tanganku tiada. Kerana itukah mereka tinggalkan aku? Ummi pernah beritahu aku sebelum ini yang ibubapaku tinggalkan aku dirumah Himpunan Kasih kerana tugas. Ah, Itu semua alasan! Dari kecil hingga umurku 23 tahun belum selesaikah tugas itu?

Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati dan aku menunggu hari itu. Bukan aku tidak takut mati tapi aku ingin kembali kepada penciptaku kerana kasih sayangnya akan buat aku bahagia. Sungguh aku katakan yang aku tidak pinta untuk dilahirkan sebegini rupa. Ini semua kehendakNYA dan mengapa ada manusia yang tidak dapat terima kenyataan itu. Mengapa ada yang menghina dan mencaci? Tidak takutkah mereka pada DIA yang menentukan segalanya. Mencaciku bermakna kalian menghina kejadianNYA.

“Bodoh, pergi kau dari sini! Aku jijiklah tengok muka kau. Rasa nak muntah balik ais-krim yang aku makan ni tahu tak?”.

“Errr, maafkan saya. Saya Cuma mahu bersiar-siar disini ambil udara”.

“Ada aku kisah kau nak bersiar-siar ke apa. Orang macam kau ni baik duduk diam-diam kat rumah jelah. Tak tahu malu ke dengan tak berkaki macam ni”.

Tersentap hati rasa macam mahu gugur jantung ini bila mendengarkan kata-kata seorang perempuan sebayaku pada ketika itu kami berumur 15 tahun. Ya tuhan, salahkah aku keluar untuk menikmati ciptaanMU. Aku tidak mengganggu sesiapapun tapi kenapa mereka tidak senang dengan kehadiranku? Air mataku gugur dan aku menangis kesedihan. Sampainya hati mereka menghina aku sebegitu rupa.
Dalam kesedihan yang sebegini, aku tetap kuatkan hati kerana aku yakin denganNYA. Mana mungkin aku dilahirkan kedunia ini kalau bukan kehendakNYA. Biarlah aku sengsara sekejap disini dari aku sengsara selama-lamanya disana. Dalam dugaan yang diberikan, DIA masih lagi kurniakan aku keluarga dirumah Himpunan Kasih. Mereka adalah segala-galanya bagiku. Aku tidak dapat hidup tanpa kasih sayang dan cinta mereka. Bersyukurnya aku tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“wahai ibuku, wahai ayahku. Ingin rasanya diri ini dipeluk oleh kalian. Tahukah kalian yang aku mendambakan kasih sayang kalian? Setiap hari malah setiap saat aku tidak putus berdoa agar kalian terbuka pintu hati untuk mencari aku. Tidak kasihankah kalian pada aku? Aku ini dari benihmu ayah. Aku ini dari perutmu ibu, tapi mengapakah aku dibiarkan? Kembalilah kalian padaku kerana dengan keadaan aku yang begini, aku tidak mampu untuk mencari kalian. Seandainya tuhan kurniakan aku kaki, aku akan berlari mencari kalian walau pelusuk manapun. Tapi, aku tidak ada semua itu seperti manusia lain wahai ibu dan ayahku.”

Walau apapun yang terjadi pada diriku, aku tidak kisah. Tapi janganlah ada kecelakaan kepada kedua orang tuaku. Semoga mereka berdua selamat dan dalam lindungan Illahi. Biarlah jasad ini tak pernah melihat mereka, tapi doaku agar aku berjumpa mereka disana. Insha Allah.

Karya,
Kasih_Ain








No comments: