Meriah.

Apa definasi meriah? Lagi lagi bila bercerita tentang meriah dihari raya. Dum dam dum dam bunyi mercun pun boleh huraikan definasi meriah. Tukar langsir, tukar perabot, tempah baju raya lima puloh pasang, nak lebih sedap lagi siap beli kereta baru sempena raya. Hah! itu pun boleh menjawab definasi meriah bagi sesetengah pihak. Seminggu lagi nak beraya, masing masing kalut macam kena histeria nak beli itu ini takut nanti tak sempat nak beraya. Kalut tu macam kena kejar lembu bertanduk sampai masuk bendang sawah. 

"Ala, biasalah tu raya kan sekali setahun jer. Kalau boleh nak la kasi meriah sikit."

Ayat tu bagi orang yang berduit jela. Yang tak beerduit tu takkan nak pinjam ah long ceti kot nak buat persiapan. Bagi saya, istilah setahun sekali tu kurang senang diperdengarkan. Bukan apa, puasa pun setahun sekali, tak ada pun kita nak maintain-kan atau pertingkatkan ibadah. Cukup saja kita meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan. Niat kerana DIA.

Berbalik pada definasi meriah. Bagi saya, meriah tu bila mana semua ahli keluarga dapat berkumpul meraikan syawal. Kalau tak cukup rasa macam tak best kan? Zaman kecik kecik adalah waktu dimana hari raya hari yang terrrrsangat best. Mak Ayah sibuk siapkan kita adik beradik. Maklumlah, hari raya ni budak budak la paling suka walaupun mereka puasa setengah hari saja. Itupun kalau yang puasa setengah hari, ada yang tak puasa langsung tapi tetap bergaya dan  gembira dihari raya. Tak apalah, hari raya memang untuk budak budak pun. Bila dah besar sikit ni, rasa cukup la ala kadar kita meraikan tanda kesyukuran dan tidak berlebih lebih.

Jadi, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada Muslim dan Muslimat seluruh dunia dari Ain, suami dan anak anak.

p/s : Saya belum kawin.

No comments: