Mimpi

Bermimpi.

Mimpi aku pijak kepala langit
Untuk buktikan kuasa ada pada aku
Kuasa apa je yang kau ada kalau ketiak pun tengit
Mahu jadi maharaja cinta di negeri langit?
Usah mimpi sayangku.

Buktikan dulu kuasa cintamu meluas
Gahkan dulu menara hati ke awan atas
Kalau sang Pencipta pun kau berpaling pulas
Inikan pula nak hadap nafsu buas.

Susun impian cintamu.

Cinta itu aku lipat kemas-kemas dan aku susun sangat teratur
Akan aku pastikan lipatan itu tidak disentuh dan dibuncai oleh orang lain
Aku semai kasihku aku siram sayangku biar ia tumbuh dan berakar
Agar aku dapat tahu betapa rapi dan kukuhnya cintaku bukan sekadar impian.

No comments: