Rasa "Enak"

Guruh, kilat berdentum kuat. Kuat lagi dari bunyi mercun dimalam raya. Kalau nak dikira, bunyi mercun tu hanya 15% daripada bunyi guruh di langit. Takut. Risau. Seram. Itu hanya bunyi guruh, bagaimana bunyi bila saat kiamat datang menyerpa? Terfikir sejenak kilas dan gambar kemusnahan alam terbentuk. Tak ada siapa yang berani berikan tarikh keramat itu. Tak ada siapa yang dapat lari dari kejadian itu. Menyoroklah kau kat mana-mana sekalipun walau dicelah gunung batu. Mustahil kau terkecuali sayangku.

Hari itu akan berlaku. Pasti akan berlaku. Kau mahukan gambaran tentangnya? tak perlu susah-susah, kau buka saja kitab kita. Kitab itu benar belaka. Kitab itu menceritakan segala-gala. Tak ada satu pun ayat dusta. Kau khatam novel cinta beribu kali. Kau berjaga kerana trilog ntah betul atau tidak. Kau tatap tulisan dilaman sosial dengan penuh ghairah. Tapi kitab usang dari tuhan, kau abai semata. Bukan engkau, dia dan mereka saja, aku pun sama. Sama-sama terlupa yang negeri "sana" adalah kebenaran. Mahu ke negeri "sana" bukan mudah. Bukan seperti makan cendol pulut kat gerai indon. Bukan seperti kau pandu Myvi Special Edition untuk ke Teluk Intan. Tapi kau kena lalu fasa-fasa yang ditetapkan. Fasa yang akan buat kau bahagia, tenang dan penuh dengan bunga cinta.

Tembaklah nafsu buas yang berlegar di ruangmu. Tariklah rasa cinta DIA yang sentiasa terbuka luas. Semoga kau, dia, mereka dan aku temui rasa enak itu.


No comments: