Sahabat

Sahabat

Mana lagi aku boleh cari penggantinya,
Tika suka aku, kau ada.
Tika duka aku? aku tak perlu sesiapa,
Tapi ternyata kau sentiasa ada.
Ada bersama berkongi rasa,
Sama-sama lebat menitis air mata.
Bahumu umpama pengubat duka,
Butir ungkapan bak penawar lara.

Sahabat

Kata mereka kesat menghina
Kau sabar tanpa bicara
Kuatmu ubat kekuatan manusia
Senyummu bernilai dari mutiara
Aku ini lemah segala
"seleh" sikit saja aku mula serba tak kena.
Kadang-kadang aku rasa diri tak berguna.
Tapi kau datang beri suntikan paradigma.

Sahabat

Hadirnya dirimu kerana DIA
Bersama kita meniti hidup juga kerana DIA
Syukur aku tak terhingga
Anugerah ini akan aku jaga.
Terima kasih tuhan, pertemukan aku dengan dia.

Kau sahabat dunia,
Moga kita bertemu "disana".

No comments: