Hint !

Banyak kali aku bagi tanda
Banyak kali juga aku mencuba
Kadang-kadang aku buat-buat mengada
Hahaha. Nampak gedik “gelenya”
Aku jadinya seperti hamba cinta
Aku jadinya lemah longlai diterajang oleh asmara
Walaupun dengan adik-adik aku bertegas kalau tak pergi beli air soya

Aku keliru
Termenung bertonggak dagu
Kamu ni tak faham atau buat-buat tak faham sebenarnya?
Kenapa kamu tutup mata
Kenapa kamu buat-buat buta
Aku bukan hantu raya
Aku manusia biasa yang minat drama kat tv tiga.

Mahu apa?

Setiap hari aku sms hantar “smile”,
Aku tak mahu tanya “buat apa tu?”
Aku tak mahu pun kau balas “hye, saya rindu”
Aku juga tak mahu berpanjangan sms dengan kamu
Aku tak berharap kamu luah cinta pada aku
Tapi apa yang aku mahu, kamu faham “hint” dari aku.


No comments: