Merungut

Merungut.

Bila permintaan belum tercapai kau merungut.
Kau terus bertanya, "kenapa lambat?"
Kau tak puas hati kenapa rezeki tersekat.
Bagi aku, rezeki kau tengah sesat,
Tapi kau tak pernah nampak kenapa "dia" sesat.
Yang kau tahu cuma merungut dan terus merungut.

Ok la DIA bagi peluang untuk rezeki itu kau dapat.
Orang belum kerja, tapi kerja bagus kau dapat
Kau gembira sampai melompat lompat.
Kalau ada manusia nampak, mereka akan cakap kau "tersumbat".

Di awal pekerjaan kau bersungguh kerah keringat.
Nak bantu keluarga hidup senang impian tersemat.
Kerja punya kerja sampai kau lupa benda yang wajib kau buat.
Sampai satu masa, DIA bagi kau ujian untuk kau beringat.
Tapi kau tak nampak itu semua,
Apa yang kau tahu cuma merungut.
Merungut kenapa hidup kau jadi payah tiba-tiba
Kenapa nikmat hilang sekelip mata
Mana pergi kebahagian yang sementara
Tertanya kau alpa.

Bila bertubi tubi ujian DIA menerpa
Ternyata DIA masih punya cinta
Kau timbul satu rasa, rasa yang tak semua manusia punya
Kau berfikir dan terus meneka
Rupanya itulah rasa cinta yang Maha Esa.

Kau kembali, kau temui jalan, kau punya pegangan
Mana lagi mahu pergi kalau bukan DIA punya jalan
Tak ada satu pun kau miliki hari ini tempohnya panjang
Sedarlah, DIA bagi itu semua sebab cinta dan sayang.

No comments: