.

Lantang mana sangat mulut bisa kau? Kalau kau rasa kau dah cukup hebat, ciptalah satu mulut serupa apa kau miliki sekarang. Jangan lupa sang sahabat lidah. Cuba cipta kedua-duanya. Kalau kau berjaya, teruskan jadi lantang. Teruskan kata-kata kurang pandai kau itu. Tapi jika kau tak mampu, simpan sajalah lantang kau itu. Jadi biasa-biasa macam biasa. Kau pun tenang. Aku jamin.

Kenapa nak cipta konflik kalau seketika kau boleh statik? Konflik perosak jiwa tu kau tolak tepi-tepi. Tak pun kau pijak sampai lumat. Aku kata statik. Aku kata kau kena jadi ‘cool’ bebeh. Perasaan amarah yang menumbuk ke dasar hati tu kau kena biar ia lalu pergi bersama angin. Biarkan perasaan itu tidak mengenali diri kau yang hebat.

Agama. Hidup kena ada pegangan agama. Hidup kena selalu beringat-ingat. Hidup kena bersama iman. Kau iman kulit bawang? Tak apa. Iman boleh meningkat. Jangan lupa, iman juga boleh menurun. Jangan bila ia meningkat, kau rasa sedap.Tak. Tidak semudah ABC. Kau kena jaga biar ia terus naik dan tak turun-turun lagi. Biar ia berkampung di atas bukit iman yang kau cipta. Biar imanmu bersemadi dalam tubuh dan mengalir bersama darah pekat likat yang merah.

No comments: