Cahaya

Langit tanpa cahaya. Hitam. Gelap. Tersorok cantiknya awan. Tertutup segala mutiara putih dibalik kepulan awan itu. Dongak ke atas nampak bintang. Kalih ke kanan nampak bulan. Oh! ingatkan bila dongak tak nampak apa-apa. Rupanya penghias langit tetap ada walaupun bukan sang awan. Malah, lebih cantik. Bintang dan Bulan. Teruja. Tuhan tu tak kejam. Tuhan tahu apa kita perlu. Tuhan takkan biarkan kita ‘mati’. Tuhan takkan tarik tanpa gantian.

Sedar. Dunia penuh liku. Dunia penuh dengan pelbagai. Sekali hilang dalam gelap, takkan ditelan malam. Pasti. Pintu keluar pasti ada. Walau lorong sempit atau jalan becak yang kena tempuh. Dengan bantuan cahaya bulan dan bintang, destinasi terpacak depan mata.

No comments: