Cinta

Cinta...

Cinta itu datang dari langit atas
Datang menerpa menusuk ke jiwa
Aku letaknya didada sebagai emas
Takkan kubiarkan ia pergi sesenang saja.
Kemudian cinta itu aku lipas kemas-kemas
Aku susunnya di atas rak sutera
Orang lain jangan cuba untuk merampas
Kerna cinta bagiku berharga.

Takkan ku hidup tanpa cinta
Takkan ku bernafas tanpa cinta
Takkan ku bangkit tanpa cinta
Takkan ku maju tanpa cinta.

Anugerah apa ini buat aku hilang didunia nyata
Terkadang ia buat aku lupa
Lupa siapa pencipta
Lupa siapa yang beri aku rasa
Sampai aku rebah tak bermaya
Dek kerana taksubkan cinta.

Aku berdiri kembali juga kerana cinta
Tapi kali ini ia hebat terasa
Cinta yang kurasakan berlainan sepenuhnya
Yang buatkan aku makin dekat dengan sebenar-benar cinta
Maka makin hari aku rasa cintaku dekat denganNya
Dekat dengan Dia yang lebih menyayangiku seadanya.

No comments: