Hujung Minggu

Bangun pagi yang tak berapa nak pagi. Matahari masuk ikut celah tingkap yang tak berapa nak tutup rapat malam tadi. Bukan taknak tutup tapi mungkin tak berapa nak ingat betapa pentingnya tutup tingkap bila malam datang. Zaman sekarang bukan sebab takut pontianak mengintai, tapi takut hantu manusia menyelinap masuk.

Celik saja mata cari aset nombor satu. Telefon bimbit. Sah! Sila fikir sendiri kenapa sebab itu diri sendiri punya hal. Kira-kira bangun pukul 8 pagi. Itu bukan “official” bangun lagi sebab masih terbongkang atas katil dengan telefon bimbit di tangan. Skrol atas bawah. Zaman sekarang tak main tekan-tekan butang yang bunyi ‘tet tet’ tiap kali tekan tu dah. Zaman sekarang semuanya “touch” saja.

Ok. Skrol sejam la kita ambil masa sebab kasi peluang la nak cek twitter, facebook, instagram, whatsapp mahupun wechat. Sesudah sejam, telefon bimbit didada. Mengelamun pula mata tepat ke siling tanpa kelip. Dalam kepala dok fikir benda merapu. Berdasarkan apa yang di skrol kan tadi. Kalau dapat whatsapp “Morning awak” hah, mula angau. Kalau nampak gambar cun kat instagram, hah mula tergugat. Kasi “double tap” tak pernah tinggal. Kalau baca tweet kat twitter, “paranoid”. Terasa tweet tu tuju kat dia. Bila skrol facebook pula, rasa “annoyed” dekat setiap orang yang buat status. Hah, itu pun boleh buat sakit jantung juga.

Ok, skrol dan baca semua dah. Tiba masa sendiri nak buat status pula di twitter mahupun di facebook. Status taknak pula berhemah. Sebab masih pagi haruslah post “Good Morning. Happy weekend”. Nak sedap lagi, “Semoga hari ini lebih baik dari semalam”. Hambek khau, terbaik punya status.

Ok la, dah sejam mengelamum dan setengah jam buat status. Jadi, bila nak “offical” bangun dari katil?

Selepas dua jam setengah dari celik mata.

Selamat berhujung minggu :)

No comments: