Bahang

Angin sopan hilang disekat bahang kelam.
Sang matahari sepertinya tegar tunduk pada malam
Dunia umpama hampir jarak pada nyala besar
Gelisah resah tak nampak sedar.

Bisikan bayu tidak kudengar malam ini
Merajuk pada ragam manusia barangkali
Bebas perilaku umpama hidup tiada erti
Ke sana ke mari tuhan diketepi.

Pejamlah mata seketika
Kenang kembali dari mana kita mula
Bukan dari tapak bumi bukan juga dari kepala udara
Asal usul kejadian semua dari Yang Maha Kuasa.

Wayang apa dalam kepala
Muntahkan saja biar dunia rasa
Takkan kau dikeji hina
Selagi dalammu bersama Dia.

Kembalikan hijau sejuk cantik dunia
Pijak semua dengki khianat jahat binasa
Pulihkan hati saraf jantung otak kepala
Biar sang batu dalammu bertukar gangsa.

Dongaklah ke tinggi angkasa
Carilah sinar yang ternyata kau punya
Usah gentar dan putus asa
Selagi denyut nadi ada, kau takkan laknat tercela.


No comments: