Cinta Karat

Pagi ni Razin bangun awal dari tidur walaupun dia tahu yang hari ini adalah hari minggu. Kebiasaannya kalau hari minggu memang dia akan lepak dengan katil dan selimut sampai matahari tegak atas kepala. Tuala yang tersidai kemas dicapainya terus menuju ke bilik air. Tingkah laku Razin diperhati saja oleh ibunya. Agaknya wanita itu pelik seawal jam 8 pagi anaknya sudah bergegas ke bilik air.

"Awal benar kamu mandi, Razin. Nak kemana pagi-pagi ni? Harini kan hari minggu." Soal ibunya sebaik dia keluar dari bilik mandi yang terletak dibahagian dapur.

"Errr...Razin nak keluar bu. Nak jumpa kawan kat pekan." Jawab Razin ringkas.

Motosikal Honda Ex5 dihidupkan enjin dan dipanaskan. Dalam kepalanya hanya terbayangkan bagaimana keadaannya nanti bila bertentang mata dengan seseorang yang dikenalinya melalui sms itu. Mereka berjanji untuk berjumpa pagi ini di Terminal Bas Seremban kerana itu saja tempat yang biasa orang pergi selain Seremban Parade. 

                          **********

Gadis yang dikenali 3 bulan lalu melalui sms itu menggelarkan dirinya Anna. Seorang pelajar Uitm Seremban dalam bidang Sains Tulen dan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Perkenalan mereka bermula apabila Razin mahu menghubungi kawannya bernombor 017-6664586 namun dia tersalah tekan nombor 4 kepada nombor 5. Waktu itu Anna baru bangun dari tidur dan suaranya agak serak-serak basah. Razin terkejut dan tertarik dengan suara Anna waktu itu.

"Hello, siapa ni?" Anna memulakan bicara.

Diam.

"Hello...hello...siapa ni?"

"Errr...hello, Ahmad ada? Ni nombor Ahmad kan?" Razin tersedar dari lamunannya.

"Sorry, salah nombor. Ini bukan nombor Ahmad." Lalu Anna terus mematikan talian.

Razin masih terdiam. Suara serak basah itu bermain difikirannya. Tertarik dengan setiap patah yang keluar dari mulut si gadis yang baru saja dihubunginya. Seketika, Razin memeriksa kembali panggilan keluar yang ditelefon bimbitnya. Dia menyimpan nombor itu sebagai "Suara Merdu". 

                                **********

Razin dan Anna mula berkawan rapat. Mereka tidak pernah bertemu dan hanya berkawan melalui telefon. Anna seorang gadis yang manja dan periang. Sifat itu cukup buat Razin tertarik kepadanya. Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat. Anna menunjukkan respon yang positif kepada Razin.

Suatu hari, Razin mempelawa Anna untuk berjumpa. Dalam hatinya, waktu berjumpa Anna nanti dia mahu berterus terang niatnya untuk jadikan Anna sebagai teman wanitanya. Mereka berjanji untuk bertemu tetapi Razin perasan yang Anna seolah-olah berat untuk berjumpa dengannya. Mungkin Anna masih ragu-ragu dengan keikhlasannya.

Awk, nk tak kalau kita jmpew? Tanya Razin.

Lama untuk Anna membalas sms itu untuk beri jawapan.

Bkn sayew tknk jmpe tapi sayew tkt.

Ala, nk tkt apew sy ikhlas nk jmpew awk nie hehe

Akhirnya Anna bersetuju untuk berjumpa buat kali pertama. Mereka berdua menetapkan hari dan tarikh yang sesuai. 

                              **********

Motornya diparkir tempat parkir yang disediakan untuk motosikal berhampiran Terminal Bas Seremban. Waktu itu jam 10.15 pagi dan orang mulai ramai mengunjungi Terminal Bas. Kebanyakannya warga asing kerana hari minggu adalah hari mereka keluar melepak. 

Jantung Razin berdegup laju. Telefon bimbit Nokia Butterfly diambil dari poket seluarnya untuk memberitahu Anna yang dia sudah sampai ditempat yang dijanjikan.

Sy dh smpai. Awk kt manew tew?

Diam. Tiada balasan sms dari Anna.

Sy pkai baju kameja kotak2 biru tua taw. Hehe

Satu lagi sms dihantar kepda Anna. Namun masih belum dibalas. Jam ditangan menunjukkan pukul 11.30 pagi tapi bayang Anna masih tidak kelihatan. Razin cuba menghubungi Anna tapi tidak berjawab. 

Lama dia menunggu. Razin setia menunggu. Panggilan keluar sudah beratus-ratus dan sms kepada Anna juga sudah berpuluh-puluh dihantarnya namun tiada satu pun berbalas.

Tepat jam 4.45 petang, satu sms masuk kedalam inbox telefon bimbitnya yang berbunyi,

Boleh saya tahu siapa ni? Saya suami kepada Rohana dan saya dapat tahu nombor awak ni dari tadi cuba menghubungi isteri saya.

Jantung Razin bagai disentap. Dadanya seperti dihempap batu yang besar. Payah untuknya bernafas waktu itu terkejut yang amat. Razin terdiam san perlahan air mata lelakinya gugur. Baginya, biarlah orang nak kata yang dia lemah kerana perempuan tapi baginya inilah kali pertama dia ditipu sebegini. Air mata yang jatuh itu bukan air mata lemah tapi air mata penyesalan kerana terlalu mempercayai seorang perempuan yang sudah berkhawin.

Razin bangun dan berjalan ketempat parkir motosikalnya. Perlahan dia menunggang motornya pulang ke rumah. Perutnya terasa lapar dan dalam kepala apa ibunya masak untuk hari ini.

No comments: