Perangai

Jangan dekat dengan orang yang selalu menangkan diri, kelak musnah persaudaraan. 

Aku tak fokuskan kondisi ini kepada sesiapa. Aku datang untuk berkongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan aku, kamu dan mereka. Aku pasti ianya bukan berlaku kepada seorang dua antara kita tapi berlaku kepada 97% manusia hidup atas muka bumi. 

Kondisi dimana kita berhadapan dengan seorang manusia yang tak pernah kalah dalam percakapan, seorang manusia yang tidak boleh melihat orang lain berada atas darinya dan seorang manusia yang merasakan dirinya adalah betul 24jam 7 hari. Cukuplah 3 contoh kondisi yang sama maksudnya aku berikan. Aku rasa, kamu semua pun sudah faham apa yang cuba aku sampikan.

Manusia sebegini jarang disukai orang sekeliling terutama kenalan mereka. Sikap yang sebegini aku anggap sangat hina. Yer, mungkin kasar tapi itulah pangkat yang boleh aku ikhtirafkan. Maaf kalau ada yang tersinggung.

Bagi aku sekiranya aku berhadapan dengan orang sebegini, aku memilih untuk diam dan mengiakan saja apa yang mereka pertahankan. Terserlah kebodohan mereka dalam huraian yang tak masuk diakal. Kalau kita pun melawan dan pertahahankan hujah kita, maknanya kita turut tonjolkan kebodohan kita. 

Kata orang, "Bodoh tu simpan saja. Jangan nak tunjuk sangat". Jadi, kenapa tidak kita simpan saja kebodohan kita tu? Orang yang cerdik tak akan berhujah dengan orang yang tidak pandai. Buang masa aku rasa. 

Aku suka dengan kata-kata azimat Imam Syafie, "Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil. Kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu". 

Wallahu alam :)

No comments: