2 May 2015

Dari umur angka kecil sampai ke hari ini, bulan Mei selalu beri makna dalam hidup aku. Ada saja perkara dan moment best yang akan terjadi. Dari aku keluar ke bumi sampailah aku sudah pun bernikah. Semuanya bulan Mei yang menjadi saksi setiap kejadian itu. 

2 Mei 2015 jam 9:30 pagi dan dengan sekali lafaz saja tanda ikhlas, aku selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yang aku rasa cukup sempurna dimataku. Seorang lelaki yang terima kurang lebih apa yang ada dalam diri aku. Terima kasih Allah untuk semua ini.

Tak pernah aku terfikir dengan umur yang aku kira masih muda ini aku bertemu jodoh. Benar, semua rahsia tuhan. Sama juga ajal. Entah bila la ajal akan datang pada aku.

Perkenalan yang tidak begitu lama antara aku dan suami menjadikan kami buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga tanda telah bersedia menerima setiap apa yang ada. 

Jujur aku katakan, akulah wanita yang paling bertuah dapat mengenali dan berkahwin dengan dia. Sifat sabar, penyayang, lemah lembut, hormat pada keluarga dan banyak lagi yang tidak dapat aku hurai satu persatu ada pada suamiku. Cuma kelemahan-kelemahan yang ada itu aku tutup dengan melihat setiap kelebihan yang dia ada. Terima kasih lagi sekali ya Tuhan.

Hari demi hari, kami bersama-sama cuba untuk perbaiki diri masing-masing untuk menjadi yang lebih baik. Saling ingat mengingati itu yang kami selalu buat sepanjang bersama. 

Aku yang dulu degil dan keras kepala sedikit demi sedikit tinggalkan sikap buruk itu atas didikan suami. Terima kasih, suamiku.

Kisah kita belum ada titik nokhtah. Arus tenang itu kita masih dayung walaupun jauh hujungnya. Gunung cecah awan itu kita daki bersama biar sampai ke puncak. Syurga Allah juga akan kita kejar walaupun bertatih. Syukur ya Allah atas semua ini.  

No comments: