Syawal 1436H, June 2015

Hari ni 4 Syawal. Aku suka hari raya. Bukan kerana mahu bergaya atau sekadar makan pelbagai jenis makanan yang dihidang, tapi kerana aku dapat bersama dengan orang yang aku paling sayang. Itu adalah definasi kemenangan bagi aku selain berjaya tempuh sebulan bulan Ramadan yang penuh dengan dugaan. Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang tidak dapat aku dan seluruh ahli keluarga lupakan sampai bila-bila. Dugaan demi dugaan tuhan berikan pada kami namun kesabaran kami tadah dengan tabah. Alhamdulillah ;')

Kepada ibuku, terima kasih atas segalanya. Tak terbalas jasa yang diberi selama ini. Tanpa Abah yang sudah kembali kepada tuhan, ibuku gagah besarkan dan beri didikan kepada kami adik beradik tanpa seorang pun orang luar yang membantu. 

Kepada adik beradikku, terima kasih juga kerana sentiasa ada kala aku perlukan kamu semua. Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah kurang. Hadiah paling agung tuhan berikan pada kita adalah, saling memiliki antara kita. Semoga ukhwah ini, kita jalinkan sampai bila-bila ;')

Kepada suamiku, kamu baru sahaja masuk ke dalam keluarga kami. Tapi, aku boleh nampak tiada sedikit pun jarak antara kamu dan keluargaku. Sepertinya sudah kenal sejak lama dulu. Terima kasih juga kerana menerima aku dan keluargaku dalam kehidupan kamu. Maafkan aku andai ada salah dan silap kerana kamu adalah syurgaku kini ;')

Kepada orang-orang yang mengenali aku, mohon ampun dan maaf andai aku pernah buat kamu semua berkecil hati. Tolong jangan simpan dalam hati kerana aku takut balasanNya diakhirat nanti. 

Akhir sekali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ikhlas dariku, Siti Nor Ain Binti Mohamed Razali.

No comments: