Sederhana

Bila semua nak jadikan majlis perkahwinan mereka "wedding of the year"
Tetapi lupa yang mereka bukannya kaya raya
Sanggup berhutang berpuluh ribu ringgit Malaysia
Asalkan dapat membuka mata manusia

Sehingga hari ini aku masih berbangga dengan diriku. Aku masih terkenangkan keputusan dan cara yang aku pilih. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Mungkin ada sedikit cacat cela tapi ianya ditutup dengan kerberkatan dan restu dari tuhan dan juga ibu bapa.

Sebelum aku diijab kabul, sebelum juga aku mengenali siapa lelaki yang akan menikahi aku, aku sudah pasang niat dalam diri yang aku akan jadikan perkahwinan aku sebuah perkahwinan yang "simple" tetapi cukup buat aku dan keluarga terdekat merasai kemeriahannya. Jujur aku katakan, aku bukan dari keluarga yang mewah. Jadi biarlah semuanya aku buat dengan duit sendiri tanpa membebankan keluarga.

Benar. Tuhan itu maha dengar niat kita.

Aku tidak ghairah dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan. Cukuplah dengan satu majlis akad nikah yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Yang penting, akad nikah. Itu saja yang aku mahu.

Biarlah tidak ada jemputan beratus ratus atau beribu ribu orang yang akhirnya seekor lembu ditumbangkan (kesian lembu tu terpaksa jadi korban. hehehe). Biarlah tidak ada pelamin gah untuk menjamu mata jemputan. Biarlah tidak ada empat atau lima persalinan. Biarlah tidak ada "photobooth" yang akhirnya dirombak selepas lima hingga enam jam dipasang. Biarlah tidak ada tepung tawar yang yang dibazirkan untuk buat cekodok. Biarlah tidak ada semua itu kerana semua itu adat. Adat yang buat kita lupa yang kita sedang ikutkan nafsu pembaziran. Bukannya tidak boleh ikut adat (nanti ada pula yang kata aku lupa adat melayu), tapi biarlah berpada-pada jangan sampai keterlaluan sehingga membazir.

*Bila majlis kecil-kecilan, tidak la suami aku datang dengan pakai cermin mata hitam. Aku memang tidak gemar pengantin lelaki datang dengan memakai cermin mata hitam. 

Aku tidak pertikaikan perkawinan sesiapa. Betul itu adalah hak masing-masing. Kehidupan kita tidak sama dan ini cara dan rezeki aku.

Cara aku, aku mahu guna duit sendiri. Sama macam suami aku. Aku bangga dengan dia sebabnya, berkahwin dengan aku atas usaha sendiri. Duit simpanan sendiri. Bukannya merayu untuk berhutang dengan mana-mana bank dan akhirnya pening kepala untuk membayar balik yang mungkin memakan masa bertahun-tahun. Alhamdulillah kesedaran itu kami dapat.

Cara aku, bukan guna duit hantaran untuk biayai semua kos majlis yang diadakan. Cara aku, lebih baik aku gunakan wang itu untuk kehidupan selepas berkahwin. Lebih syok lagi, lebih baik guna duit tu untuk travel. hiks! (alaaa, relaks la itukan duit hadiah suami untuk kita. Bukannya duit biayai kos majlis)

Jadi, aku sarankan kepada sahabat-sahabat diluar sana berfikirlah dengan sebaiknya. Jangan menyiksa diri sampai terkena tekanan perasaan dek memikirkan majlis perkahwinan. Bukankah saat-saat untuk diijab kabulkan, kita perlu tersenyum dan tenang. Jadi mengapa perlu kusut dan tertekan memikirkan hari perkahwinan yang hanya berlangsung SATU HARI itu?

Tepuk dada, tanya iman.

Nabi pun suka akan kesederhanaan. Jadi mengapa tidak kita? Gittuu!

No comments: