2015

Penutup 2015 dengan suatu berita yang tak boleh gambarkan dengan kata-kata betapa diri aku dan suami bersyukur dan gembira. Masih baru kandungan ini. Baru sahaja berusia 5 minggu. Allah, bagaikan tiap saat air mata kesyukuran ini jatuh ke pipi.

Usia pernikahan kami baru sahaja mencecah 7 bulan, dan kami diberi satu anugerah yang tak tergambar besarnya nikmat. Mahu saja aku panjat gunung yang tinggi dan menjerit pada dunia yang aku kini sedang hamil anak pertama.

2015 yang sangat bermakna.

Maka dengan ini, bermulalah "pregnant journey" buat aku. Semoga kandungan ini membesar dengan sihat dan diredhai tuhan. Doakan aku, sahabat ;')




No comments: