Kukira Dua Insan

Irama dan lagu tidak dapat dipisah.

Jiwa rasa sedikit tenang bila lagu-lagu Saloma dan P.Ramlee bermain dicuping telinga. Juga lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir.

Malam suram kini sedikit hangat melayan perasaan. Ahh, rindu betul rasanya! Rindu pada kekaseh pujaan hati yang sedang enak menghairah diri bersama permainan kesukaan. Tercongok termenung tajam pada skrin komputer sambil menekan-nekan laju papan kekunci dan tetikus.

Oh, ghairah sungguh! Seronok sangat ke 'Diablo' tu sayang?

Lupakan sekejap pada lelaki itu.

Rindu juga pada si kenit yang masih belum pernah aku tatap wajahnya. Usapan lembut aku hadiahkan sambil bibir mengukir senyuman.

Oh, indah sungguh! Tidak sabar rasanya 'mommy' nak jumpa awak, sayang.


No comments: