2 MAY

Bismillah....

Lama benar hati menyepi tiada penghuni, tapi aku tidak kisah bagai hati sudah mati. 
Tak mahu lah, aku sudah terkena!
Takkan aku nak terkena lagi sekali. Takkan nak biarkan diri dibli-buli.
Waktu ini, aku mahu fokus. Daki langit tanpa berdengus.

**********

Isk, asyik ganggu saja! Tak ada kerja?
Kan aku sudah bilang, aku mahu fokus dan jangan sekali halang.
Hati sudah tawar tiada bubuhnya perisa.
Aku sepertinya mengelak walau belum diajak.
Hurmm, bosan!

**********

Lama-lama aku jadi terfikir dengan banyak berzikir.
Hati macam kembali hidup dan bernyawa. Siap memberontak.
Mungkin aku perlu baginya peluang, untuk hatinya dan hatiku.
Biarkan mereka bersatu menjadi satu.

**********

Setahun menyemai benih-benih cinta.
Suka, duka, tangis, tawa jadi asam garam.
Bercinta? Seperti orang lain juga. 
Nikmat cinta dua hati bagai dunia milik kami.

**********

2 May 2016 saksi cinta bersemi.
Sekali lafaz akad merubah 360 darjah keadaan.
Ikatan sah dan halal dengan izin tuhan meyatukan dua hati.
Tangisan gembira dan kesyukuran jatuh bertalu-talu.

**********

2 May 2016, genap setahun pernikahan kami.
Semoga ikatan ini terus menerus kuat tanpa hakisan.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Pertama, suamiku.
Aku cinta akan kamu, dunia dan akhirat.

**********

The End.

No comments: