15 June

Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya.
Terima kasih kerana menyayangi saya tak kira apa jua keadaan.
Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang terbaik untuk saya.
Terima kasih kerana selalu ada bila saya perlukan kasih sayang itu.

Untuk suami yang sangat saya kasihi, ketahuilah yang saya tidak sanggup kehilangan awak walau sesaat. Biar saja ajal yang memisahkan kita.

Kita bina kehidupan bukan dalam keadaan sempurna sepenuhnya. Perlahan-lahan kita bangun dan daki untuk capai impian bersama.

InshaAllah tahun ini kita bakal menimang cahaya mata yang pertama.  Hadiah yang cukup bermakna untuk awak, saya kira.

Saya sentiasa doakan supaya awak dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Jadi suami yang bertanggungjawab yang dapat bawa saya dan anak ke tempat yang sepatutnya.

Selamat Hari Lahir, suami yang tercinta. Azri Bin Mukhtar :)

No comments: