Masyarakat
dalam golongan ibu-ibu terutamanya sering membandingkan perkembangan anak-anak
mereka. Ternyata lain anak, lain cara perkembangannya. Seperti yang kita tahu,
lain orang lain cara bersalin dan sakit yang mereka alami.
Ada yang kena tahan dalam labour room berjam-jam
malah lebih dari 24 jam. Tapi ada juga hanya sejam dua sahaja dalam labour room
kemudian sudah selamat bersalin. Itu la yang dikatakan, rezeki berlainan.
Kebanyakan ibu-ibu cepat rasa tertekan atau
"down" bila melihat perkembangan anak orang lain cepat dari anak
sendiri.
"eh, anak orang tu sudah boleh bercakap
la. Padahal anak kami sebaya saja. Kenapa yer?"
"ermm, anak Leha 5 bulan dah boleh
meniarap. Anak aku dah 7 bulan tapi masih tak boleh meniarap. Kenapa yer?"
Soalan-soalan seperti "kenapa" dan
"mengapa" inilah sering mengganggu pemikiran kalangan ibu.
Anak-anak yang masih kecil perlu diberi masa dan
ruang untuk mengikut fasa-fasa tumbesaran. Kita sebagai ibu bapa hanya perlu
guide mereka dan beri sokongan. Anak kecil juga boleh tertekan sekiranya kita
terlalu memaksa mereka.
Apa yang kita perlu bimbangkan adalah kesihatan
mereka. Tetapi sekiranya anak-anak kelihan pelik dimata anda, cepat-cepat la
dapatkan nasihat doktor terlatih dan pakar kanak-kanak. Kenali apa masalah
mereka dengan cepat, 85% dapat rawat masalah tersebut dari awal.
Peka dengan persekitaran anak-anak dan kelakuan
mereka itu yang paling utama daripada membandingkan perkembangan anak orang
lain dengan anak sendiri.
"Sentiasalah berfikiran positif untuk masa
depan yang lebih baik"