Assalamualaikum
Tanpa kita sedari, kita sudah melangka ke tahun 2012. Ya Allah, pejam celik pejam celik dah habis pun tahun 2011. Sebenarnya petang ni saya nak sangat bercerita pasal keidupan manusia. Manusia sebenar dan manusia palsu. Apa yang palsu? di buat dari plastik ke? Yes, plastik. Mereka adalah bukan diri mereka yang sebenarnya.
Apa yang menyebabkan minda saya tebuka untuk bicara pasal manusia adalah bila seorang kawan saya Sobri Merais telah membuka mata dan minda saya dengan membawa saya ke suatu tempat yang saya agak rasa ia cukup menunjukkan perlakuan manusia yang sebenar tanpa sebarang kepalsuan. Tempat itu adala ditengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur iaitu Central Market (CM). CM adalah nama tempat yang tak asing lagi bagi kita. Agaknya semua orang tahu tempat itu dan hanya beberapa kerat saja yang tidak tahu.
Kenapa dengan CM? kenapa CM boleh membuka minda saya. Ye, disitu saya nampak manusia tidak berada dalam kepalsuan. Mereka bebas berbuat apa saja tanpa menghiraukan orang lain. Minum air sambil berdiri, duduk mencangkung ditepi jalan sambil makan goreng pisang, berkumur dan meludah dan banyak lagi. Itu life mereka, langsung tak ada nak control.
Tapi cuba kita pergi Mall. Mana-mana Mall atau tempat-tempat yang high class, manusia fake. Control banyak benda termasuk dalam segi perbuatan dan pemakaian. Sampaikan cara bercakap dan bahasa yang mereka guna pun cuba untuk dicontrol. Takutnya dibilang "kampung". Beza, seriously perbezaannya ketara dari view saya. Tapi ini pendapat saya saja, pendapat orang lain saya tidak tahu.
Seriously, saya suka bila pergi CM tempoh hari kerana saya boleh lihat dan rasakan sendiri berada dalam golongan manusia yang tidak palsu. Tapi, lain orang lain caranya. Kalau begitu cara seseorang itu, begitulah dia walau ada kat mana pun. Apa-apa pun, jadilah diri sendiri. Jangan cuba jadi orang lain yang kita sendiri tidak mampu untuk lakukannya.
Salam sayang dari Ain
kasih.AIN
Friday, January 6, 2012
Saturday, December 24, 2011
Exam and Us
at
1:40 PM
Assalamualaikum...
picture : Google
Final exam makin dekat dan makin menghantui. Semua student terutamanya student IPTA semakin terasa bahang final exam. Final exam yang bermula awal January itu akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk tamat. Uwaaaa! terasa takutnya dan debarnya. Tapi tapi tapi, kalau tak nak takut tu belajar la dan berdoa pada Allah supaya apa yang kita belajar itu berkat. Akhir sekali kita bertawakkal dan berserah saja pada-NYA. Saya percaya yang semua sedang bertungkus-lumus untuk belajar. Selamat maju jaya saya ucapkan. HEHE
Salam sayang dari AIN

Thursday, December 8, 2011
Wanita, Fashion dan Gambar
at
11:15 AM
Assalamualaikum.....
Terlalu banyak fashion dan terlalu banyak trend yang semakin hari semakin diikuti ramai. Terutama para wanita sekalian. Tidak dinafikan saya juga salah seorang yang boleh dikatakan up to date la konon-konon pasal fashion ni. Kira apa saja trend yang keluar saya tidak terlepas untuk mencubanya. Tambahan pula fashion wanita sekarang ni makin banyak dan makin pelik sehinggakan saya sendiri naik muntah untuk mengikutnya.
Dari stage itu bertukar ke stage lain pula. Dari cara bertudung begitu bertukar cara bertudung begini. Akhir sekali, saya memilih untuk tidak mengikut lagi trend yang ada sekarang ni. Cukup lah sekejap saya taksub dengan trend yang kita sendiri tidak tahu betul atau salah di sisi agama. Yer memang benar, semua fashion itu dinamakan fashion muslimah tapi betul-betul muslimah kah cara kita berpakaian itu? tepuk dada tanya hati.
Semakin banyak photographer semakin banyaklah model nya. Kebanyakannya berlumba-lumba untuk memiliki album gambar berkualiti dan cantik. Mereka seakan-akan taksub dengan mengupload gambar tersebut di laman social untuk tontonan beribu manusia. Bukan mereka saja, saya sendiri juga begitu sebelum ini. Bila difikir balik, itu semua karut. Semua itu perkara yang tidak sepatutnya saya buat. Hanya kerana sekeping gambar yang berkualiti, beribu dosa yang bakal kita dapat. Bukan saya ingin mengata atau tunjuk pandai tapi saya berfikir kerana saya salah seorang daripadanya dulu.
Apa yang buruk itu datang dari kita sendiri. Kita banyak sangat buat perkara yang terlalu ikut perasaan dan nafsu. Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu menunjukkan kita seorang yang bijak. Segala yang baik itu datang dari-NYA. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dari-NYA.

Friday, December 2, 2011
Hari Demi Hari
at
5:30 PM
Photo and edited by : Crystal View
2 December 2011. Maka tak sampai sebulan saja lagi kita bakal mengadapi tahun 2012. Ya Allah, semakin hari umur kita semakin meningkat dan semakin hari semakin banyak dosa yang dilakukan. Apakah ada jalan untuk kita keluar dari segala kesesatan. Tepuk dada tanya hati. Kita jika lihat pada dunia sekarang, pelbagai perkara pelik yang berlaku. Manusia semakin hari semakin berani melakukan perkara yang terkutuk dan tak bermoral. Tidak terlepas, saya sendiri melakukan perkara yang terlarang Allah.
Setiap hari, ada bayi yang dilahirkan di muka bumi ini dan setiap hari jugalah ada saja manusia kembali kepadaNYA. Bilakah masa kita? kita sendiri tidak tahu. Bersediakah kita untuk hadapi semua itu? tepuk dada tanya hati. Terkadang terfikir juga, apa guna kita di hidupkan di muka bumi ni tapi hidup tiada pegangan yang betul. Sadisnya =_=,
Pengalaman yang lepas benar-benar boleh mengajar kita apa itu kehidupan yang sebenar. Itu pun kalau kita imbas kembali dan mengenang kembali. Tapi kalau sampai ke sudah tiada keinsafan, macam mana tu. Sebenarnya takut juga kalau hidup di dunia akhir zaman ni dimana hanya tinggal golongan yang jahil. Minta jauh semua itu. Semoga kita semua sama-sama diberi cahaya dan petunjuk dari-NYA. Insha Allah
Salam sayang dari Ain.

Saturday, November 12, 2011
Perjalanan yang masih Jauh
at
12:03 PM
Photo by my lil sis
Edited by Me
Waktu kecik-kecik dulu, masih lagi tak nampak apa itu masa depan. Hari-hari kita sibuk dengan bermain. Bila tak dapat bermain dalam satu hari, hidup umpama tidak lengkap. Ada saja permainan yang diciptanya. Usia se-awal 6 tahun tidak mungkin terlintas dalam fikiran mengenai kehidupan dimasa akan datang. Tapi jika ditanya pasal cita-cita kitalah yang nombor satu menjawabnya. Cita-cita nak tinggi saja. Nak jadi Perdana Menteri pun ada. Polis dan cikgu tu cita-cita yang biasa kita dengar. Itu semua kenangangan yang terindah.Bila sudah besar, masing-masing belajar tinggi. Itu ikut rezeki masing-masing. Dimana tuhan tetapkan, itulah yang terbaik. Tidak semua yang berpeluang untuk masuk ke pusat pengajian tinggi. Ada saja rezeki mereka setakat SPM atau STPM. Kepada yang berpeluang ke Universiti, anda amatlah bertuah. Rezeki atau perjalanan hidup kita sudah ditetapkan sebenarnya tapi kita boleh ubah dengan berdoa kepada-NYA. Sesunggungnya perjalanan hidup kita amatlah panjang dan graph-nya selalu naik dan turun. Ada masa kita berada diatas dan ada masa kita berada dibawah. Jika berada dibawah, janganlah mudah berputus asa. Nasihat untuk diri saya sendiri sebenarnya.
Setiap langkah kita memberi seribu erti. Satu langkah adalah menetukan dimana kita akan berada nanti. Langkah harus diatur dengan sebaiknya. Jangan kita tersilap langkah, nanti binasa semuanya. Saya masih ingat pesanan Mak saya yang mengatakan hidup harus berdasarkan matlamat. Buat sesuatu dengan akal yang bijak bukan dengan hati dan perasaan yang bercampur dengan nafsu.
Salam sayang dari Ain.
Subscribe to:
Posts (Atom)