SUSU IBU

Susu ibu sangat digalakkan untuk bayi yang baru lahir dan meneruskannya sehingga berusia 6 bulan. Pihak Kementerian Kesihatan memang melancarkan kampen menyusukan anak baru lahir secara besar-besaran.

Hari pertama selepas bersalin memang susu ibu takkan keluar terus banyak. Jangan pula kita fikir yang badan kita tak mampu keluarkan susu. Kena la sentiasa positif dan set dalam kepala yang kita mampu menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak.

Susu pertama yang keluar dipanggil kolostrum. Biasanya susu kolostrum ni tak banyak tapi kelihatan lebih pekat dan berwarna kuning cair. Kalau bayi dapat susu kolostrum ni walaupun sedikit sudah memadai kerana saiz perut mereka masih kecil. Susu kolostrum yang sedikit ni kaya dengan protein dan antibodi untuk bayi.

Antara tips untuk banyakkan susu adalah banyakkan rangsangan. Bayi yang baru lahir memang akan selalu tidur dan kerja kita adalah untuk kejutkan mereka supaya menyusu. Lagi-lagi bayi yang ada jaundice memang akan selalu tidur dan mereka perlu diberikan susu sekerapnya untuk hilangkan jaundice. 

"Makin banyak baby menyusu, makin cepat kuning dia hilang sebab kuning akan hilang melalui najis" - Antara nasihat doktor yang paling popular.

Tips yang paling penting untuk kekalkan pengeluaran susu adalah sentiasa BERFIKIRAN POSITIF. Memang terbukti bila kita sentiasa gembira dan senang hati, susu akan keluar dan makin banyak. Boleh nampak bila dipam. Waktu pam susu tu, mungkin boleh dengar lagu atau tengok video/gambar anak untuk menaikkan perasaan yang tenang.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak-anak, anda juga kena sentiasa positif dan berlapang dada. Apa yang penting, sama-sama kita jaga kesihatan anak-anak dan elak dari berlaku perkara yang tidak diingini.

"Prevention is better than cure"



No comments: